RxCrystal merupakan satu produk perubatan terkini hasil penyelidikan oleh sekumpulan para saintis Islam tempatan. Ia terdiri daripada bahan elemen asas yang menggunakan sumber alam semulajadi seperti garam, gula dan air. lanya diproses sehingga menjadi satu bentuk/pola yang bertindak sebagai rujukan kepada stem cell/sel tunjang untuk penjanaan sel seterusnya dan mampu melahirkan pelbagai jenis sel di dalam sistem badan manusia.
Mengikut kajian ALAMTOLOGI, sel tunjang bertindak sepertimana air dan tidak mempunyai bentuk yang khusus. Proses kewujudan dan ketulenan sel tunjang masih lagi menjadi tanda tanya kepada ilmu perubatan masa kini dan kosnya terlalu tinggi. Pada hakikatnya, pelbagai penyakit dapat disembuhkan dengan pengkajian alam semulajadi dan pengaplikasian prosessel tunjang (stem cell) itu sendiri.
Perubatan konvensional hanya menghapus simptom dan bukannya punca masalah. RxCrystal bertindak sebagai proses PEMETAAN (Agen Rujukan) yang menjadi cermin untuk proses duplikasi bagi menjana sel-sel baru. Pada peringkat awal, antigen/pola asing akan dileraikan sepenuhnya. Kemudian, bahagian-bahagian yang berfungsi akan bergabung untuk menghasilkan stem cell yang sihat.
NOTA: RxCrystal dihasilkan melalui dua proses yang disebut, Proses Lerai (PL) danProses Gabung (PG) berasaskan Formula Matematik yang unik.
APAKAH RxCRYSTAL?
RxCrystal adalah formula hablur 100% natural yang boleh membantu lebih daripada 50 jenis penyakit tanpa perlu lagi risau akan kesan sampingan akibat penggunaan bahan perubatan berkimia. Di antara penyakit yang telah mendapat maklum balas positif termasuk darah tinggi, kencing manis dan arthritis. Begitu juga dengan pesakit kanser - peparu, serviks dan payudara - ada yang telah melalui rawatan menggunakan RxCrystal.
Senarai masalah kesihatan yang boleh dibantu dengan RxCrystal semakin bertambah dari hari ke hari.
Proses pengeluaran sel banyak bergantung kepada maklumat yang sampai ke stem cell. Sekiranya berlaku pencemaran "signal"; seperti pemakanan yang tidak betul, udara tercemar, bahan-bahan toksik dalam tubuh badan, atau faktor genetik sendiri - maka stem cell (sel tunjang) juga akan mengeluarkan sel-sel yang "tercemar". Sel tercemar ini yang akan menyebabkan masalah kesihatan atau membuatkan badan tidak mampu untuk melawan penyakit.
NOTA: RxCrystal bertindak ke atas stem cell untuk melahirkan sel-sel baru yang sihat.

